'First date' dengan 'aku terima nikahnya', kenal pasangan di Facebook tak pernah jumpa terus kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dah jodoh, semua urusan sememangnya akan dipermudahkan. Tempoh perkenalan yang singkat atau tidak pernah berjumpa bukan alasan untuk terus ke jinjang pelamin.

Mungkin bukan satu perkara yang mudah, tapi jika masing-masing berpegang dengan janji tentunya segala perancangan akan berjalan dengan lancar.

Jumpa kali pertama ketika nikah

Seperti rakan kepada gadis ini yang dikatakan berkenalan dengan seorang jejaka di Facebook namun hanya bersua kali pertama di majlis pernikahan mereka.

Menerusi aplikasi TikTok, Ain Arisya berkongsi moment akan hubungan singkat rakan baiknya yang mesra dengan panggilan Eyzan ketika berkenalan dengan seorang lelaki di media sosial.

Menurut Aina, rakannya itu tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan sepanjang jalinkan hubungan cinta malah akan berjumpa kali pertama di majlis nikah. Dalam video berkenaan boleh dilihat rakannya sedikit resah akan menantikan pertemuan pertama itu.

Pengantin kekok dan malu

Dalam video yang lain, pasangan tersebut terlihat anggun dengan busana pengantin malah, ketika sesi batalkan air sembahyang terlihat kedua-duanya tersipu malu.

Tak hanya itu sahaja, pengantin lelaki juga terlihat agak kekok untuk memberikan kucupan di dahi isterinya sendiri, bahkan pengantin perempuan juga tertunduk malu.

Baru kenal terus ajak kahwin

Sehubungan dengan itu, Eyzan turut meluahkan rasa syukur atas hari yang bahagia tersebut malah berkongsi sedikit akan awal perkenalan dengan si suami.

Nasib baik pengantin lelaki datang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata gembira melihat perjalanan kisah cinta pasangan itu, bahkan turut mengatakan bahawa wanita tersebut cukup bertuah bertemu dengan lelaki yang jujur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen