"Tak perlu perasmian & escort..." - Netizen puji cara kerja Syed Saddiq yang cekap

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai yang masih ingat akan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjalankan kampen mengutip RM200,000 dari sumbangan orang ramai bagi membantu memberi komputer riba buat para pelajar di daerah Muar.

Susulan daripada kampen tersebut, beliau yang benazar akan membotakkan rambutnya jika target sebanyak RM200,000 tercapai malah difahamkan ketika ini beliau sedang melakukan penyerahkan komputer riba buat para pelajar dikawasannya itu.

Netizen kagum cara kerja

Terbaru, beliau telah memuat naik satu video di laman Twitter, yang memaparkan moment ketika beliau menyerahkan sendiri komputer riba pada pelajar yang diperlukan.

Perkara tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata kagum dengan cara kerja beliau yang mudah serta ‘efficient’ itu.

Semua buat sendiri

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat beliau mengambil sendiri dan mengangkat komputer riba di belakang kereta tanpa sebarang bantuan sebelum menuju ke rumah pelajar yang menerima ‘laptop’ tersebut.

“Bertugas sambil makan angin di Muar. Kalau jumpa, jangan lupa tegur,” kongsinya.

Harap jadi contoh yang lain

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji cara kerjanya serta berharap perkara tersebut akan menjadi contoh kepada wakil rakyat yang lain.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen