Susun barang dengan cermat, staf J&T dah tak baling barang raih perhatian netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu akan kekecohan mengenai perkerja syarikat penghantaran barang J&T yang sebelum ini dikatakan membaling barang pelanggan kerana didakwa mogok akan isu dalaman.

Berikutan isu tersebut, dikatakan ramai pengguna mula beralih arah ke arah syarikat penghantaran yang lain demi memastikan barang mereka selamat sampai dan dalam keadaan yang baik.

Susun barang diterima dengan cermat

Bagaimana pun, menerusi perkongsian seorang perkerja syarikat kurier tersebut di aplikasi TikTok, dia telah memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sedang berkerja penuh hemah.

Dalam video yang berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat setiap bungkusan yang diterima oleh kurier tersebut dijaga dan diatur dengan elok berbanding dicampak seperti video yang tular sebelum ini.

Walaupun barang yang diterima dalam kuantiti yang banyak, namun mereka sentiasa berhati-hati malah menyusun kesemua dengan lebih baik.

Kalau dari dulu macam ni kan elok

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan aksi lelaki tersebut malah turut meninggalkan pesan agar sentiasa berhati-hati ketika menjaga barang pelanggan.

Selain itu, warganet juga mengatakan bahawa khidmat kurier berkenaan masih lagi menjadi pilihannya walaupun pernah berdepan dengan beberapa isu sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen