Hidup berumah tangga ini perlu ada komunikasi dan saling bertolak ansur, barulah hubungan suami isteri akan lebih harmoni dan bahagia.
Sudah menjadi kebiasaan seorang suami akan memanjakan isterinya, tidak kiralah apa yang diinginkan tentu saja akan sedaya upaya akan cuba diusahakan.
Bagaimanapun, suami tidak pernah mengeluh atau mengatakan tidak kepada isteri sehingga berapa jumlah wang yang ada di dalam poket juga tidak dikongsi bersama isteri.
Lihat dompet suami
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang isteri secara tiba-tiba tergerak hati untuk memeriksa dompet suaminya yang kebetulan sedang tidur pada waktu itu.
Selepas membuka dompet berkenaan, isteri mendapati wang suaminya hanya tingga belasan ringgit di dalamnya.
Tambah sedikit duit
Bagi meringkankan beban suaminya itu, dia telah meletakkan sejumlah wang ke dalam dompet tersebut kerana faham akan penat lelah si suami yang penat mencari rezeki.
“Tak salah kita isteri topupkan, kerana kita faham. Suami kita berusaha yang terbaik penat lelah dia mencari rezeki nafkah hidup berkeluarga tak salah membantu meringkan beban suami,” kongsinya.
“Kadang suami ikat perut sebab tak nak isteri risau”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memahami keadaan tersebut malah terharu akan tindakan si isteri. Selain itu, si isteri juga disifatkan sebagai ‘limited edition’ kerana memahami keadaan suami yang susah.
Tinggalkan Komen