Rempuh dua kereta sebelum lari dari polis, Bob Mah Sing diburu

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam tular akan satu rakaman video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Proton Wajah merempuh kenderaan lain di hadapan serta belakangnya kerana enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota polis.

Selepas gagal mencelah dan membahayakan orang ramai, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

Seorang suspek larikan diri

Menerusi laporan Bernama, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Bob Mah Sing, apabila dia dan rakannya merempuh beberapa kenderaan dan kereta peronda polis dalam cubaan melarikan diri, kerana disyaki membawa dadah jenis heroin dalam kenderaan dinaiki mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, lelaki berusia lingkungan 40-an berasal dari Subang itu melarikan diri, manakala rakannya berusia 35 tahun berjaya ditahan polis di kawasan perumahan Desa Aman, di sini.

Enggan kerjasama dengan polis

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada anggota peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 12.45 tengah hari, yang mengejar kereta dinaiki kedua-dua lelaki terbabit dari kampung Desa Aman menghala bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

“Apabila tiba di lampu isyarat berhampiran bulatan Sierramas, kedua-dua suspek enggan keluar dari kereta dan bertindak merempuh beberapa kenderaan untuk melarikan diri, sebelum merempuh kereta peronda polis.

“Anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua tayar hadapan kereta suspek namun suspek melarikan diri ke arah jalan Kuala Selangor menghala Sungai Buloh, dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan kerana tayar bocor,” katanya.

Ada rekod jenayah

Sehubungan dengan itu, tindakan pantas forensik dan unit anjing pengesan, kemudiannya mengesan dadah jenis heroin anggaran berat 1.7 gram dalam kenderaan ditinggalkan lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki yang ditahan mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kes dadah, dan permohonan reman akan dibuat esok untuk siasatan lanjut.

Mohon bantuan orang ramai

Dalam pada itu, pihak polis juga meminta orang ramai ang mempunyai maklumat mengenai Bob Mah Sing, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Chew Yong Hoa di talian 014-3929448 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen