"Pakai apron pun macho..." - Da'i Syed buat ramai gadis 'melting'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini pendakwah muda Dai’ Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail dilihat kurang aktif di media sosial selepas kemelut yang berlaku padanya.

Bagaimanapun terbaru, pendakwah muda ini telah memuat naik tiga keping gambar bertujuan untuk ‘marketing’ akan produk yang bakal dikeluarkan olehnya.

Gambar dengan biskut

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, Syed seolah-olah memberi bayangkan akan mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual biskut.

Dalam gambar tersebut, dapat dilihat jejaka berusia 26 tahun itu sedang membuat biskut sambil memakai apron dan tersenyum manis yang lebih menonjolkan wajah kacaknya.

“Resipi tidak mempunyai jiwa. Anda sebagai tukang masak, mesti menghiduplam resipi.

“Bismillah, akan datang tidak lama lagi @asyedap_hq,” tulisnya.

Pakai apron pun macho

Bagaikan tidak keruan, rata-rata peminatnya terutama wanita seperti terpesona dengan ketampanan wajah pendakwah bebas tersebut malah, rata-rata mereka sudah tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangannya.

Terdahulu, Syed menjadi kontroversi atas dakwaan memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen