Suspek rempuh kereta di lampu isyarat, Bob Mah Sing berjaya ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan daripada seorang penjenayah berjaya meloloskan diri daripada tangkapan pihak polis selepas melakukan dua rempuhan dua kenderaan di lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, semalam telah berjaya ditangkap.

Bob Mah Sing berjaya ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

"Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam," katanya.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958," ujarnya.

Rempuh dua kenderaan sebelum larikan diri

Sebelum ini, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kereta.

Kenderaan bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Bagaimanapun, pihak polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam dan sedang memburu Bob Mah Sing yang berjaya melarikan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen