Vaksin Covid-19 jenis Sinovac selamat tiba di Malaysia awal pagi tadi

Hari ini pada tanggal 27 Februari 2021, Malaysia sekali lagi menerima vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airline MH319 dengan membawa vaksin Covid-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter.

Menurut sumber, vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac diangkut menggunakan pesawat Passenger-to-Cargo(PC2) iaitu pesawat penumpang yang digunakan untuk perkhidmatan kargo boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

 

Disambut beberapa Menteri dan Duta Besar China

Detik bersejarah kali ini disambut oleh beberapa orang menteri yang terdiri daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang juga MenterI Sains, Tekonologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien dan Duta Besar China ke Malaysia iaitu Ouyang Yuijing.

Difahamkan, pesawat yang menggunakan kod MH318 telah berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 7.05 malam semalam(Jumaat) untuk mengambil vaksin berkenaan.

adsense_code slot="7107598670"]

Perlu jalani beberapa proses

Bagaimanapun, vaksin tersebut perlu menjalani beberapa proses untuk memastikan suhu cecair tersebut berada pada suhu yang sepatutnya kerana ia mungkin akan rosak.

Justeru itu sebaik pintu kargo pesawat dibuka, envirotainer iaitu bekas khas yang mengandungi vaksin jenis Sinovac dan berkemampuan mengekalkan suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah celcius itu dibawa turun menggunakan 'jumbo container pallet loader' sebelum dipindahkan ke 'dolly' dan dibawa ke kawasan i-Secure.

Susulan perkara tersebut, Ouyang kemudiannya menyerahkan satu kotak putih yang secara simboliknya mengandungi vaksin jenis Sinovac kepada Datuk Seri Ismail Sabri.

Kemudian, envirotainer itu diperiksa pasukan pengendalian vaksin MASkargo untuk dipastikan bekas itu masih dalam suhu yang ditetapkan sekaligus memastikan tiada kerosakan berlaku kepada bekas seperti kemek dan bocor sebelum ia dipindahkan ke lori trak syarikat Pharmaniaga dengan diiringin Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan yang ditetapkan.

Perjalanan pengambilan vaksin dalam kawalan

Bagaimanapun, perjalanan vaksin jenis ini telahpun diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global yang mana perjanjian tersebut telahpun dibuat pada 13 Januari yang lalu dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan sebanyak 14 juta dos vaksin Covid-19 yang terjadi pada hari ini.

Tambah Khairy Jamaluddin menerusi hantarannya yang dipetik di laman Twitter pada 19 Februari, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih dalam proses menilai data klinikal Sinovac.

Namun begitu, vaksin Sinovac ini sudahpun melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.

Pada minggu yang lalu, Malaysia telah menerima sebanyak 312, 390 dos vaksin Covid -19 Pfizer-BioNTech buat pertama kalinya yang mana pemberian suntikan vaksin tersebut akan diberikan kepada semua rakyat namun, perlu dibahagi kepada 3 fasa yang mana telah dimulai dengan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU) manakala fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas (Mei - Februari tahun hadapan)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen