Hanya habis RM2,000, pasangan pengantin kongsi tips berjimat hari bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Menghalalkan hubungan itu sebenarnya mudah je, tak perlu majlis kahwin yang besar-besaran cukup kalau dihadiri dengan keluarga terdekat sahaja.

Paling penting akad nikah yang berjalan lancar dan sah menjadi suami isteri, itu sahaja sudah cukup membuat hari bahagia itu bermakna.

Bajet kahwin serendah RM2,000

Seperti pasangan pengantin ini yang tular di aplikasi TikTok selepas berkongsi akan mejlis perkahwinannya dengan bajet yang cukup rendah iaitu sebanyak RM2,000.

Banyak buat sendiri

Bukan itu sahaja, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nurul Ashikin Rosdi turut berkongsi rahsia baju perkahwinannya yang dibeli secara online serta menggunakan modal sebanyak RM15 untuk menjahit veil sendiri.

Ashikin juga turut berkongsi akan hasil bunga tangan yang dibuat sendiri dengan memakan belanja sebanyak RM15 serta kos untuk makeup pula hanya dalam lingkunan RM100.

Kek ada yang sponsor

Tidak kisah menyambut hari bahagia itu demgan cara sederhana, Ashikin juga mengatakan bahawa kek perkahwinan mereka mendapat sponsor daripada kenalan rapat dan mereka juga hanya memotongnya di dalam rumah tanpa majlis.

“Paling penting akad nikah...”

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet seakan bersetuju bahawa pernikahan itu seeloknya diadakn dengan serba ringkas tanpa membazir selain mementingkan akad nikah yang sememangnya wajib.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen