Tidak lagi 'solo', Uyaina akui sudah dirisik kekasih hati

Nama pelakon dan pengacara terkenal iaitu Uyaina Arsyad tidak lagi asing kedengaran apabila wajahnya sering menjadi tatapan penonton di kaca televisyen.

Meskipun sibuk dalam industri seni sejak kebelakangan ini tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk selebriti cantik dan berbakat ini menyulam cinta dengan seseorang yang merupakan pujaan hatinya.

Tidak pernah rasanya nama aktres ini terpalit dengan kontroversi cintanya memungkinkan orang ramai merasakan Uyaina masih 'solo' tapi siapa sangka aktres itu telah pun mendedahkan bahawa dia kini sudahpun dirisik oleh seseorang yang kita kenali iaitu Raja Syahiran pada November tahun lalu.

Lebih utamakan privasi membuatkan kedua-dua mereka lebih memilih merahsiakan  perkara itu atas permintaan kedua belah pihak.

"Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar namun, atas permintaan keluarga, kami terpaksa merahsiakan sebelum ini."
-Uyaina Arsyad-

Tambah Uyaina lagi atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arsyad, sewaktu pertemuan itu, ibu Syahiran turut memberi sebentuk cincin sebagai tanda merisik.

Bagaimanapun, pada hari kedatangan keluarga Syahiran tiada sebarang majlis pun dibuat bahkan dia sendiri akui bahawa tidak sempat bersiap.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen