AJL 35 Medley jadi sebutan, nyanyian Hannah Delisha dan Raysha Rizrose buat ramai tak keruan

Anugerah Juara Lagu(AJL) merupakan program realiti TV yang mengumpulkan barisan penyanyi berbakat tanah air yang mana pencalonan mereka ditentukan melalui undian orang awam.

Memasuki usia 35 tahun program tersebut, AJL sekali lagi tampil mempersembahkan barisan penyanyi  baru yang mana sebanyak 12 buah lagi telah tercalon pada musim ini.

Di kesempatan itu, syarikat rakaman 'Valient Music'  telah membuat satu video klip promo yang mana videonya telahpun dimuat naik di Youtube Channel mereka iaitu Valient Music yang bertajuk "AJL35 Medley".

Video promo tersebut secara tidak langsung meraih perhatian jutaan orang apabila barisan selebriti yang ditampilkan oleh syarikat tersebut bukanlah hadir dari kalangan penyanyi membuatkan ramai yang tidak menyangka mereka juga memiliki bakat dalam bidang nyanyian iaitu Hannah Delisha dan Raysha Rizrose

Meninjau di ruangan komen pula kebanyakannya menunjukan respon yang sangat positif bukan sahaja terhadap kualiti suara mereka bahkan juga persembahan yang mereka tunjukkan sehingga membuatkan orang ramai tak keruan yang mana video tersebut merupakan arahan dari Azmi saat manakala idea konsep asal pula adalah Hannah Delisha.

 

'Best sangat yang ni'

 

 

'Serius lah tu suara Hannah dengan Raysha?'

'Tak puas dengar'

Melihat bakat terpendam dua selebriti yang bergandingan dengan penyanyi hebat Azmi Saat dan Dean Eiman secara tidak langsung membuatkan orang ramai tidak sabar menunggu debut mereka untuk projek akan datang jika diberi peluang.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen