'Babybump' Sariyanti akhirnya terjawab, Jep dedah bakal timang cahaya mata ketiga

Meskipun tidak lagi aktif di kaca televisyen tetapi pelakon Sariyanti masih menonjol di Instagram apabila dia sering memuat naik perkembangan semasanya dan keluarga melalui aplikasi tersebut.

Namun sejak kebelakangan ini, penampilan dan kapsyen yang dimuat naik olehnya menjadi tanda tanya kepada pengikutnya di Instagram apabila pelakon itu seperti memberi 'hint' bahawa dia sedang hamil tambahan pula orang ramai turut melihat 'babybump' Sariyanti melalui satu hantaran gambar di Instagram.

 

Jep dedah Sariyanti hamil

Spekulasi yang digembar-gemburkan itu akhirnya terjawab apabila suaminya yang merupakan seorang pelawak iaitu Jep Sepahtu tampil mendedahkan perkara sebenar di ruangan Instagram miliknya dengan memuat naik gambar anak mereka iaitu Khidir.

 

"Handsome boy abah dah nak jadi abang"

Begitulah kapsyen yang ditulis oleh pelawak itu di akaun Instagram miliknya.

Selain Jep, sebelum ini Sariyanti juga ada melakukan hal yang sama namun pelakon tersebut masih memberi teka-teki membuatkan pengikutnya di Instagram jadi tidak sabar ingin menunggu khabar gembira itu.

 

"Ya Allah...mama dah bam bam lah Khidir."

Bagaimanpun, akhirnya persoalan orang ramai terjawab dan kini Sariyanti sedang hamil anak ketiga mereka(hasil perkahwinan dengan Jep).

Namun begitu, berkenaan dengan usia kandungan dan perkembangan semasanya masih belum dapat sebarang maklum balas dari pihak Sariyanti dan Jep.

 

Walau apapun, tahniah diucapkan buat pasangan Jep dan Sariyanti, semoga Sariyanti dan kandungan sentiasa dalam keadaan yang sihat sehinggalah saat untuk melahirkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen