Desa ajaib, penduduk paling ramai miliki anak kembar hingga pernah tersalah pasangan

Memiliki anak kembar merupakan sebahagian daripada impian kebanyakan pasangan. Namun, perlu kita tahu bahawa kembar ini memiliki dua ciri yang berbeza apabila ia melibatkan kembar yang seiras dan tidak seiras yang membawa maksud mereka lahir pada hari yang sama cuma berbeza jantina.

Memetik laporan daripada Tribunnews, mereka menemukan sebuah perkampungan atau desa yang dihuni penduduk yang paling ramai mempunyai anak kembar dan dikatakan daripada 10 desa yang ada di daerah tersebut, 5 daripadanya mencatatkan jumlah paling ramai miliki anak kembar.

Lokasi itu terletak di Kabupaten Sumedang apabila rata-ratanya memiliki anak kembar yang mempunyai wajah yang hampir sama.

Berikutan perkara itu menyebabkan telah terjadinya kes pasangan pengantin hampir tertukar pasangan mereka seperti yang terjadi oleh pasangan kembar ini iaitu Ellwanda Julianop Hidayat dan Ellwindi Junianfi Hidayat.

Bercinta dengan pasangan kembar

Mengetahui teman wanita abangnya juga memiliki kembar seiras seperti mereka berdua membuatkan si adik iaitu Ellwindi mencuba nasib untuk mendapatkan adiknya yang bernama Rini.

"Saya tahu Rina ada kembar jadi saya terus selidik dan cuba nasib manalah tahu dapat."

-Ellwindi-

 

Pernah tertukar pasangan

Bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka pernah tertukar pasangan sewaktu bercinta dan selalu tertukar nama.

 

Ayah pun terkejut

Bercerita pula tentang pengalaman ayah mereka selepas mendapat tahu perkara itu, ternyata dia juga terkejut apabila anak kembarnya yang kedua itu membawa pasangannya ke rumah sedangkan sebelum itu abangnya sudah terlebih dahulu membawa perempuan yang juga memiliki wajah yang sama seperti teman wanita adiknya.

"Saya baru pulang dari bertugas di Pekanbaru, adik bawa teman wanitanya lepastu bila tengok balik macam sama mukanya dengan kembar lagi satu."

-Bapa-

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka anak kembarnya bercinta juga dengan pasangan yang memiliki kembar dan turut akui dia rasa takut sekiranya anak-anaknya bercinta dengan wanita yang sama.

Kahwin pun sama-sama

Orang kata hidup pasangan kembar ini seperti istilah cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga yang membawa maksud setiap yang dilakukan oleh si abang pastinya adiknya sekali terasa cuma bezanya situasi ini apabila si abang mengambil keputusan untuk kahwin, adiknya juga ingin mengikuti langkah abangnya.

Pasangan kembar ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing dengan berkongsi tarikh yang sama.

"Kalau keinginannya mereka nak sama-sama, tak boleh buat apalah kalau macam tu. Kita buat jelah serentak."

-Bapa-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen