Majlis tunang tukar pengebumian, gadis temui ajal dalam tidur sempat minta keluarga kemas rumah buat tetamu

Oleh: Zuzu Yasmine

Ajal, maut dan jodoh itu semua telah ditetapkan oleh Allah SWt, siapa kita untuk menidak dan menolaknya. Malah sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancangNya.

Siapa sangka hari yang bermakna bertukar menjadi hari menyedihkan buat seisi keluarga apabila anak gadisnya Izyan Qurratu Aini yang sepatutnya mengikat tali pertunangan telah dijemput Ilahi selepas menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pahang, semalam.

Arwah ‘pergi’ dalam tidur

Perkara tersebut dikongsikan oleh sahabatnya, Anis Nafisa di laman Instagram dengan memuat naik beberapa video sepanjang proses pengebumian Allahyarham.

“28 Februari merupakan hari paling kau tunggu iaitu hari pertunangan kau. Antara pasangan dan panggilan, dia pergi kepada panggilan dulu,” luah Anis.

Difahamkan, gadis berusia 23 tahun itu meninggal dunia ketika dalam tidur seperti didedahkan oleh sahabatnya menerusi komen posting di aplikasi TikTok.

Sepatutnya majlis tunang

Dalam video yang lain pula, Anis turut berkongsi sedikit paparan skrin luahan hati bakal tunang arwah yang bersedih akan pemergian gadis tersebut selain turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

“Hari ini kita bertunang, tapi hari ini awak yang pergi menghadap ilahi. Patutnya waktu ni saya dah datang bawa cincin awak. Tapi saya datang tengok jenazah awak je,” luah lelaki tersebut.

Persiapan sudah siap

Lebih sedih lagi, Allahyarham juga dikatakan telah siapkan busana pertunangannya berwarna putih serta digantung untuk dipakai pada majlis tersebut namun tidak kesampaian.

Dalam pada itu, adik arwah juga berkongsi sedikit pesanan dan moment terkahir bersama kakaknya yang memintanya untuk merapikan rumahnya agar mudah segala urusan keesokan harinya. Bagaimanapun, anasyey tidak sangka tetamu akan datang menziarahi arwah kakaknya.

Benarlah orang kata, antara jodoh dan ajal, tidak tahu yang mana akan sampai dulu. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen