Wanita hamil & menyusukan anak perlu dapatkan nasihat doktor sebelum terima suntikan vaksin Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengatakan bahawa wanita mengandung boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 namun perlu mendapatkan nasihat doktor serta pakar masing-masing bagi mengetahui risiko daripada proses vaksinasi.

“Pemberian vaksin Covid-19 boleh dipertimbangkan secara 'kes mengikut kes' bagi mereka yang mengandung setelah berbincang dengan doktor mereka. Doktor perlu berbincang dan mempertimbangkan antara risiko dan faedah vaksinasi,” katanya.

Dr Adham berkata, pemberian vaksin Covid-19 boleh dipertimbangkan sekiranya faedah daripada vaksinasi melebihi apa-apa risiko kepada penerima vaksin dan janin di dalam kandungan.

"Vaksinasi Covid-19 semasa mengandung juga boleh dipertimbangkan jika risiko pendedahan kepada virus Covid-19 adalah tinggi dan sukar dielakkan," katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Bagi ibu yang menyusukan anak pula, beliau berkata, tiada data yang menunjukkan sekiranya vaksin disuntik kepada ibu menyusu, ia akan memberi kesan kepada susu ibu.

“Oleh itu, sekiranya tiada kontra indikasi pemberian vaksin kepada ibu yang sedang menyusukan bayi, vaksin Covid-19 boleh diberikan kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, golongan imuniti rendah boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sekiranya tiada kontra indikasi terhadap vaksin.

“Namun, mereka perlu diberi kaunseling bahawa ketiadaan maklumat terperinci berkaitan keselamatan dan efikasi vaksin sekiranya digunakan ke atas mereka.

“Mereka berkemungkinan akan tidak dapat membentuk imuniti yang mencukupi untuk mencegah Covid-19 berbanding mereka yang sihat setelah vaksinasi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Adham juga menyarakan agar rakyat Malaysia terus mengamalkan norma baharu walaupun setelah menerima suntikan vaksin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen