Dicerai selepas 2 minggu bergelar isteri, wanita hamil sedih suami kahwin baru

Oleh: Zuzu Yasmine

Impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya ingin kekal hingga ke hari tua bersama pasangan, namun sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang dan selebihnya Allah yang tentukan.

Alam rumah tangga ini ada pasang surutnya, namun jika tersilap percaturan penceraian adalah jalan terakhir yang menjadi pilihan setiap pasangan.

Diceraikan suami

Seperti nasib malang yang menimpa wanita ini apabila diceraikan oleh suami walaupun baru dua minggu bergelar seorang isteri.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Rembulan di aplikasi TikTok yang memaparkan dirinya bersedih dan terkilan selepas diceraikan oleh suaminya.

Suami kahwin baru

Menurut wanita berkenaan, dia bertambah sedih apabila suaminya berkahwin baru dengan wanita lain selepas dua minggu mereka bercerai.

Sedang berbadan dua

Menerusi video yang dikongsikan, wanita berkenaan terlihat begitu sedih, lebih-lebih lagi pada ketika ini dia sedang berbadan dua.

Dia yang tidak tahu sama ada mahu bersedih ataupun gembira akan berita tersebut, namun berjanji akan kuat dan tabah akan dugaan yang dilalui ketika itu. Di samping turut berjanji akan menjalani hidup seperti biasa bersama anak yang bakal lahir kelak.

“Moga kuat...”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi buat wanita berkenaan, selain memberi kata-kata semangat buatnya agar terus kuat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen