"Maafkan ayah..." - Terpisah sejak kecil, lelaki terpaku lihat bapa muncul semula

Terpisah dengan darah daging sendiri tentunya satu perkara yang sangat berat untuk dilalui. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing terlepas moment yang berharga untuk dikongsikan bersama.

Pastinya bagai tak percaya apabila dapat melihat susuk tubuh yang sangat dirindui bertahun-tahun itu akhinya kini berada di depan mata.

Itulah yang terjadi pada lelaki ini apabila bertemu kembali dengan bapa kandungnya selepas sekian lama terpisah.

Tak percaya jumpa ayah semula

Menerusi rancangan ‘Mikrofon Impian 2’ lelaki berkenaan dikenali sebagai Saiful itu terlihat terkejut akan kehadiran bapa kandunganya selepas memberitahu juri akan niatnya untuk mencari susuk tubuh yang dirindui selepas lama terpisah.

Berdasarkan sedikit video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Saiful bagaikan tak percaya akan kehadiran warga emas berkenaan malah mengatakan bahawa dirinya hanya tahu akan nama pertama bapanya.

Walaupun sudah melihat kad pengenalan diri warga emas berkenaan, Saiful masih lagi teragak-agak namun terkejut selepas diberitahu bahawa identiti bapanya diberikan sendiri oleh ibunya secara rahsia.

Terpaksa lari ke Thailand

Dalam pada itu, warga emas dikenali sebagai Shamri Parthiban Abdullah itu mendedahkan bahawa selama ini dia hanya melihat anak-anaknya dari jauh dan menerusi media sosial.

Malah bagi mendapat kepercayaan anaknya juga, Shamri mendedahkan bahawa dia terpaksa melarikan diri ke Thailand atas beberapa sebab penting kerana tidak mahu anak-anaknya mendapat masalah.

Selepas mendapat penjelasan barulah Saiful bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain bagi melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

“Sebaknya...”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terasa sebak melihat moment tersebut, malah memahami reaksi awal Saiful.

Anda masih keseorangan?

884,304 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen