Sarung baju kahwin selepas 24 tahun berumah tangga, pasangan gelandangan bersyukur ditaja lelaki pemurah

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan tentunya inginkan hari bahagianya dilengkapi dengan baju pengantin yang menjadi idamannya malah diraikan bersama keluarga terdekat.

Bagaimanapun, lain pula dengan pasangan ini yang baru berpeluang menyarung gaun idaman selepas usia perkahwinan mereka selama 24 tahun.

Hasrat termakbul selepas dibantu 

Difahamkan, pasangan suami isteri merupakan gelandangan namun, hasrat pasangan ini disatukan sebagai suami isteri akhirnya berjaya dilaksanakan dengan bantuan seorang pedandan rambut yang bermurah hati.

Menerusi laporan Daily Mail, pasangan tersebut Rommel Basco, 55, dan Rosalyn Ferrer, 50 yang menetap di sebuah wilayah di Filipina sibuk mencari sesuap nasi dengan mengumpul barangan terpakai sebelum ditemui pemilik salon itu Richard Strandz.

Menurut sumber, Richard membantu pasangan berkenaan untuk memperoleh lesen perkahwinan termasuk membiayai kos perkahwinan di gereja apabila selesai proses urusan dokumen mereka berdua.

Pernah impian majlis seperti ini

Pasangan ini terlihat anggun dan kacak apabila Rosalyn menggayakan gaun berwarna putih manakala Rommel pula mengenakan baju ‘Barong Tagalog’ ketika menjayakan sesi ‘photoshoot’ pra-perkahwinan pada 13 Februari lalu.

“Saya pernah berangan ketika kecil untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema berbusana putih. Tapi kami tidak pernah mempunyai wang secukupnya.

“Kami hanya fokus mencari makanan yang mencukupi untuk dimakan setiap hari. Kini saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya tercapai,” kata Rosalyn.

“Cinta sejati perlu diraikan...”

Perdandan rambut tersebut juga berkongsi sedikit detik pertemuannya dengan pasangan ini yang dikatakan ketika itu sedang mengutip botol pelastik berhampiran salon miliknya.

“Saya tersentuh hati apabila mengetahui kedua-duanya tinggal bersama selama lebih dari dua dekad tetapi tidak mampu mengadakan majlis kecil-kecilan.

“Cinta sejati adalah sesuatu yang harus diraikan. Ia sangat istimewa, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin,” ujar Richard.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen