Gara-gara tak nak masuk sekolah, pelajar Tahun Satu gigih lari dikejar pak guard

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang umum tahu bahawa 1 Mac 2021 adalah hari permulaan sekolah bagi para pelajar prasekolah, Tahun Satu serta Tahun Dua di sekolah rendah seluruh negara selepas ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, boleh dilihat pelbagai gelagat anak-anak ini melucukan ibu bapa malah guru-guru yang telah bersiap sedia dengan segala perkara bagi menyambut kehadiran para pelajar.

Lari gara-gara tak nak masuk sekolah

Bagaimanapun, tular akan sebuah video seorang kanak-kanak lelaki dipercayai sedang beri lari dengan memakai pakaian baju seragam sekolah.

Difahamkan, seorang lelaki merakam detik tersebut yang mana dirinya mengejar pelajar tersebut di sebuah jalan dipercayai di kawasan kampung.

Sempat janji hantar balik lagi

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan berulang kali memanggil kanak-kanak itu meminta berhenti dan berjanji akan menghantarnya pulang. Dalam kesempatan itu juga, lelaki berkenaan sempat berseloroh bawah di hadapannya ada polis.

Sudahnya mak pun sampai

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tidak mengindahkannya sehinggalah seorang wanita dipercayai ibu kepada budak lelaki tersebut berhenti dan membawanya menggunakan motosikal.

“Calon jaguh merentas desa ni...”

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang rata-rata berseloroh menyatakan bahawa budak lelaki berkenaan merupakan bakal jaguh lumba lari malah terhibur akan gelagat kanak-kanak itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen