Geram tunggu makanan tak sampai, wanita serba salah dapat tahu rupanya 'rider' kelainan upaya

Membuat sebarang pesanan makanan melalui aplikasi mudah alih yang sedia ada sekarang ni memerlukan sedikit kesabaran kerana penghantar makanan ini mempunyai banyak pesanan yang perlu mereka hantar dalam satu masa yang mana jarak lokasi penghantaran pula adalah berbeza.

Hal itu tidak diambil kira lagi berkenaan dengan kesesakan lalu lintas, menunggu giliran untuk makanan siap dan sebagainya.

Justeru itu, sebelum ini kecoh pengguna aplikasi yang menggunakan khidmat penghantaran ini mengadu ketika pesanan mereka lambat sampai sekaligus terus membatalkan pesanan.

Pun begitu, kisah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai 'Bonda Nor' ini juga adalah sama seperti pelanggan yang lain tetapi di sebalik perkongsian beliau terdapat satu kisah yang membuatkan beliau sebak dan dalam masa yang sama serba salah.

 

'Tadi terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food.'

Memulakan kisahnya dengan kenyataan itu membuatkan hatinya tergerak ingin membuat pesanan terus melalui Grab Food tersebut dengan harapan pesanan tersebut akan sampai ke rumah sebelum waktu maghrib iaitu antara jam 6:15 hingga 6:45 petang sama seperti yang anggaran waktu yang ditunjukkan dalam sistem.

Tambahnya lagi adalah kerana dia paling tidak gemar membuka pintu bila waktu hendak maghrib.

Serba salah dengan rider Grab Food

Namun begitu, pesanan yang sepatutnya tiba pada waktu demikian tidak pun berkunjung tiba membuatkan dia rasa geram dan marah ditambah pula  dengan masalah menerima panggilan dari nombor yang sama banyak kali namun, apabila diangkat tiada suara kedengaran dari pihak sana.

"Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu. Ya Allah , terus sebak teramat ! Bergenang air mata."

"Rupa-rupanya rider tu pekak dan bisu. Banyak kali dia mesej saya tanya lokasi rumah nak hantar. Dia siap bagitahu dia pekak dan bisu. Tapi saya tak semak inbox."

-Bonda Nor-

Akui silap sendiri

Susulan kejadian itu, dia rasa sangat serba salah dengan rider tersebut yang difahamkan sudah hampir sejam berpusing di kawasan yang sama gara-gara tidak  mendapat maklum balas darinya untuk mengenal pasti lokasi penghantaran yang sebenar.

Apa yang membuat dia paling terkesan dan lagi serba salah adalah apabila tips penghantaran yang dikenakan oleh 'rider' tersebut hanyalah RM3 sahaja, tidak berbaloi rasanya jika nak dibandingkan dengan waktu yang telah terbuang menunggu dia yang tidak mengangkat panggilan selama itu.

Dia juga turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti apa yang dia lakukan pada hari itu.

"Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri."

-Bonda Nor-

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');