Dapat upah RM10 sebulan, vokalis kumpulan rock kutip sampah demi sara keluarga

Lagu-lagu era 80an dan 90an, masih lagi dimainkan di corong-corong radio yang sememangnya sentiasa menjadi halwa telinga para peminatnya.

Meskipun begitu, ramai  tidak tahu akan nasib dialami oleh vokalis mahupun ahli kumpulan ini yang namanya begitu megah satu ketika dulu.

Pastinya ramai yang sangat mengenali lagu berjudul ‘Bila Bunga Dipetik Orang’ nyanyian kumpulan rock Sejati.

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna laman Twitter yang memuat naik video memaparkan vokalis kumpulan Sejati ini, Yazid Alisa dilihat mengambil upah mengutip sampah untuk kelangsungan hidupnya.

Tak malu akan perkerjaan baru

Turut terkesan dengan pandemik Covid-19, penyanyi berusia 55 tahun itu mengatakan bahawa dia bahagia dengan bidang kerja barunya itu malah, tidak malu akan pekerjaannya.

"Buat apa nak malu mengangkut sampah kerana ini kerja halal dan saya tidak kisah apa kerja yang ditawarkan asalkan halal untuk menyara keluarga saya.

"Saya bersyukur kerana masih lagi dikurniakan tubuh yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza, 12, juga membantu," katanya.

Difahamkan, setiap pagi Yazid akan menunggang motosikal roda tiga pergi mengambil upah kutip sampah di sekitar Kampung Balun di Slim River Perak.

"Setiap rumah yang mendapatkan perkhidmatan saya akan memberi upah sebanyak RM10 sebulan dan ada juga yang bermurah hati memberi lebih selepas melihat kesungguhan kerja yang saya buat ini," ujarnya.

Menurut Yazid, walaupun pekerjaan ini bergelumang dengan bau sampah yang busuk namun demi kelangsungan hidup maka dia terpaksa lakukan juga bagi menyara kehidupan keluarganya.

Pesan buat artis baru

Dalam pada itu, Yazid turut berpesan buat artis baharu agar beringat ketika popular dengan membuat tabungan masa depan secukupnya.

Katanya, setinggi mana di atas, lambat laun berada di bawah juga menyebabkan mereka perlu membuat persediaan.

"Saya reda dan bahagia dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang dan yang penting saya mampu berdikari untuk keluarga saya," katanya.

Anda masih keseorangan?

884,287 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen