Remaja berumur 23 tahun maut dilanggar pemandu mabuk

Isu berkenaan pemandu mabuk kelihatannya masih tidak reda dan terus menjadi bualan rakyat jelata kerana ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain dan sudah semestinya menjadi kebimbangan buat orang ramai.

Kejadian ngeri itu sekali lagi berulang yang mana telah menimpa seorang pengguna jalan raya berusia 23 tahun yang didapati dilanggar dari arah belakang sebelum diseret kira-kira1.5 kilometer.

Kecederaan teruk di kepala

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Hakim meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang oleh mangsa dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing awal pagi tadi.

Ambil alkohol melebihi had

Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke rumah ahli keluarganya di Kampung Padang.

"Pemandu MPV itu dipercayai memandu dalam keadaan laju sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa mengakibatkan mangsa terpelanting ke cermin hadapan kenderaan suspek."

-Ketua Polis Daerah Kuantan-

Susulan perkara itu, suspek telahpun menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati kandungan alkohol suspek melebihi had yang dibenarkan ketika memandu.

Suspek ditahan reman

Bagaimanapun suspek kini ditahan reman sehingga 4 Mac dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara  serta dikenakan denda.

"Suspek kini direman sehingga 4 mac ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih RM100,000."

-Ketua Polis Daerah Kuantan-

Pun begitu, semakan ke atas kenderaan suspek juga didapati memiliki lima saman tertunggak membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

884,314 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen