Lupa isteri kejar masa masuk kerja, lelaki berkain pelikat bantu mangsa kemalangan jadi perhatian

Sebagai orang awam, apabila melihat kemalangan tentunya tindakan paling pantas adalah menelefon ambulans untuk menghulurkan bantuan tapi bukan untuk seseorang yang berjiwa doktor.

Segera hulur bantuan

Menerusi perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar telah memuat naik video akan kejadian kemalangan yang memaparkan beberapa anggota bomba berserta ambulans dan seorang orang awam.

Menurut Firdaus, ketika kejadian difahamkan abang iparnya Fatih Fizal sedang dalam perjalanan menghantar isteri ke tempat kerja, namun berhenti seketika selepas melihat kemalangan membabitkan motosikal.

Jelasnya, abang iparnya itu merupakan seorang doktor dan sedang tamatkan pengajian di semesta akhir dengan tidak membuang masanya untuk memberhentikan kereta di tepi jalan serta berlari ke arah mengsa untuk menghulurkan bantuan.

Jiwa doktor dalam diri

Walaupun ketika itu isterinya sedang mengejar masa untuk masuk kerja dan dirinya berkain pelikat namun tidak menghalang untuknya menghulurkan bantuan buat mangsa meskipun pada ketika itu ambulans bomba telah sampai di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa kemalangan berkemungkinan terlanggar lubang atas jalan sebelum jatuh. Kecederaan awal dijangka dekat pada pinggangnya.

Moga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu warganet berharap urusan mangsa kemalangan itu dipermudahkan selain berterima kasih kepada doktor yang segera menghulurkan bantuan.

Anda masih keseorangan?

884,314 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen