Hanya kerana makan diorder tak sama seperti sebelum ni, wanita bertindak mengamuk pada pasangan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Meluangkan masa dan makan bersama pasangan tentunya perkara biasa buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga ataupun sudah berkahwin.

Kegiatan tersebut tentunya sangat disenangi oleh mereka yang sedang berkasih sayang, namun lain pula jadi pada pasangan ini apabila teman wanitanya bertindak di luar batas.

Baling makanan dalam kereta

Tular di aplikasi Tik Tok akan seorang wanita dikatakan tidak berpuas hati akan makanan yang diterimanya kerana berlainan dengan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tindakan wanita terbabit yang dipercayai mengamuk kepada pasangannya membuat ramai netizen tidak berpuas hati.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @shabyalonso24 itu memaparkan keadaan makanan yang bertabur di seluruh kereta dan juga di badan seorang orang lelaki sedang memandu.

“Nampak muka dia tengah bengang tu...”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati akan nasib lelaki berkenaan malah berharap agar wanita itu menghormati makanan yang dibeli.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen