Rujuk semula dengan bekas suami, Zarina Anjoulie harap wanita lain berhenti kacau Yas

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat yang mengikuti perkembangan selebriti terkenal Zarina Anjoulie tentunya sudah sedia maklum akan perpisahan dirinya dan bekas suami.

Anju dah rujuk semula

Terbaru, pelakon yang terkenal dengan suara lantang itu mengakui bahawa dirinya dan bekas suami yang dikenali sebagai Eilyas Azhar sudah pun rujuk kembali.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Anju menerusi Instagram miliknya selepas beberapa jam memuat naik gambar gembira bersama bunga.

Harap wanita lain berhenti kacau Yas

Dalam posting yang lain, Anju meminta agar para wanita berhenti meninggalkan mesej kepada Yas kerana mereka ini telah kembali bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Walau bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam oleh Anju selepas beberapa minit dimuat niak ke Instagram.

Namun, melihat ke IG story pelakon drama Anak Pontianak ini, memperlihatkan dia dan Yas sedang bersama di sebuah bangkel kereta.

“Seronok tengok Anju...”

Ketika ini hanya gambar bersama jambangan bunga ros sahaja yang masih ada dan dihujani dengab kata-kata positif daripada peminatnyay yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen