"Drama betul sampai cucuk mata..." - Gelagat Zul Ariffin tahan sakit ketika 'swab test' jadi usikan peminat

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa berjaya mencair hati para wanita, pelakon tampan Zul Ariffin mencuri perhatian waragnet selepas berkongsi moment dirinya melakukan ujian saringan Covid-19 baru-baru ini.

Muka macam sakit betul

Menerusi akaun Instagram milik pelakon berusia 35 tahun itu, dia mengatakan bahawa terdapat drama sebelum melakukan ujian saringan tersebut dan video ini sahaja yang sesuai untuk ditayangkan.

"Drama ‘Swab Test’ ni tak sure tayang bila, jenuh la akak tu melayan. Ni la video yang okay pun, yang masuk mulut tu memang takleh upload, teruk sangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video yang berdurasi selama 20 saat itu, memaparkan gelagat aktor berbadan sasa yang takut serta sedang menahan kesakitan.

Siap kena pegang stereng

Gelagat pelakon filem Sangkar itu semakin lucu apabila petugas kesihatan memintanya untuk memegang stereng kereta ketika menjolok ke dalam lubang hidungnya.

"Sado-sado pun takut..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis sempat mengusik pelakon tersebut yang dikatakan lucu serta memahami keadaannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen