Siap tunjuk penumbuk, Din melatah ketika 'swab test' buat ramai terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Aksi melatah ini sememangnya mencuit hati dan menghiburkan orang sekeliling malah, orang yang melatah juga akan sering kali menjadi mangsa usikan kenalannya.

Artis juga tidak terkecuali berdepan dengan penyakit ini malah ramai juga artis Malaysia yang melatah.

Melatah ketika buat 'swab test'

Baru-baru ini, gelagat seorang pelawak mesra dengan panggil Din Latah menjadi tumpuan apabila melatah ketika melakukan ‘swab test’ sebelum memulakan program Muzikal Lawak Superstar 2 yang bakal bersiaran bermula Jumaat ini.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram Astro Gempak, memaparkan Din yang sudah bersedia untuk melakukan ujian saringan tersebut namun sempat melatah beberapa kali sehingga menjadi bahan ketawa orang sekelilingnya.

Terjelir sebelum pura-pura pengsan

Dalam video tersebut juga dapat dilihat Din sempat berpura-pura pengsan sebelum dijolok lubang hidung namun tersedar dan kemudian menjerit kesakitan.

Di penghujung video, Din juga sempat menunjukkan penumbuknya kepada frontliner yang betugas, namun cepat tersedar akan perbuatannya itu.

“Special sikit dia punya swab test...”

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata terhibur akan gelagat pelawak berkenaan malah merasakan ujian saringan kali ini lebih unik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen