Jumpa lalat dalam makanan, pelanggan tampar pekerja restoran hingga timbul kekecohan

Kesilapan yang selalu terjadi kepada segelintir pemilik restoran adalah apabila pelanggan menemui benda-benda seperti rambut, serangga dan sebagainya di dalam hidangan mereka.

Wajar ia dianggap kecuaian pekerja kedai makan kerana kebersihan hidangan serta premis di bawah tanggungjawab mereka dan sekiranya perkara itu berlaku, amat perlu untuk kita maklumkan kepada pekerja kedai makan atau terus kepada pemilik restoran agar mereka dapat mempertingkatkan lagi kualiti kebersihan kedai mereka.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku petang semalam apabila salah seorang pelanggan yang datang ke kedai itu bertindak menumbuk seorang pekerja kedai makan setelah mendapati ada lalat di dalam hidangan nasi lemak yang dipesan olehnya.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jalan SS 15/4.

Dua laporan diterima

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan yang juga pengurus restoran berkenaan berusia 55 tahun.

"Berdasarkan laporan, pengadu memaklumkan terdapat tiga wanita dan seorang lelaki tempatan yang tidak berpuas hati selepas menemui lalat di dalam nasi lemak dihidangkan.

"Pelanggan lelaki terbabit kemudian megeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman namun ditegur pengadu yang mengugut untuk menyebarkan perkara berkenaan di media sosial." 

-Ketua Polis Daerah Subang Jaya-

Susulan kejadian terbabit, pelanggan lelaki itu kemudian menampar pipi kiri pengadu mengakibatkan berlaku pertengkaran antara pekerja restoran dan suspek sebelum mereka (pelanggan) beredar.

Suspek sedang dicari

Melalui kes yang sama, pihak polis menerima satu lagi laporan daripada pelanggan wanita yang juga seorang jururawat berusia 50an dan kinipihak polis telahpun menahan dua lelaki warga India yang merupakan pekerja restoran terbabit serta seorang wanita tempatan jam 3 petang semalam.

Bagaimanapun, pihak polis masih giat mengesan seorang lagi suspek yang juga merupakan lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata."

-Ketua Polis Daerah Subang Jaya-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen