"Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang..." - Aliff Syukri beri respod kes Sajat

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini kecoh akan kemelut yang melanda usahawan kosmetik Muhamaad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih terkenal dengan panggilan Nur Sajat.

Pasti ramai tahu bahawa Sajat berkawan baik dengan Datuk Aliff Syukri yang juga merupakan seorang usahawan.

Menjawab kemelut yang melanda rakannya itu, Aliff Syukri meminta agar usahawan berusia 36 tahun itu menghormati undang-undang negara dan agama Islam.

Menerusi Utusan Online, Aliff juga meminta Nur Sajat  tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya menjadi seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

“Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi.

“Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Tambahnya, dia sudah lama tidak bertukar khabar dengan Nur Sajat dan mendoakan agar sahabatnya itu sentiasa cekal serta tabah menghadapi ujian Tuhan.

“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila satu video berdurasi 1 minit 45 saat yang tular menunjukkan Nur Sajat mengumumkan dia tidak mahu lagi menganut agama Islam selain mengakui tertekan dengan situasi yang sedang dilaluinya.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak dapat disahkan kesahihannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen