22 tahun terpisah, gadis ini akhirnya temui keluarga kandung lepas perkongsian di Twitter tular

Sebelum ini telah tular di media sosial berkenaan dengan seorang wanita yang mencari keluarga kandungnya setelah hampir 22 tahun terpisah .

Buntu dengan pencariannya yang masih belum menemui jalan penyelesaian akhirnya Nur Aisyah memuat naik kenyataan di Twitter tentang pencariannya itu sekaligus meminta bantuan orang ramai agar dapat mewar-warkan perkara tersebut.

Begitulah kuasa teknologi yang semakin canggih zaman ini, akhirnya Aisyah berjaya menemui semula dengan keluarga kandungnya selepas perkongsian itu di ulang kicau oleh pengguna Twitter sehingga ianya menjadi tular.

Individu kongsi nombor telefon

Menurut laporan Harian Metro, hasrat Aisyah akhirnya tertunai selepas dia menerima nombor telefon keluarga kandungnya melalui seorang individu yang tidak diberitahu namanya.

Menerusi nombor tersebut Aisyah membuat panggilan secara video untuk berhubungan dengan bapanya yang menetao di Alor Setar, kakaknya di Amerika serta abangnya yang kini berada di Ampang.

Rindu terubat

Bagaimanapun, Aisyah memaklumkan bahawa dia masih belum menemui ibu serta saudara kembarnya.

Pun begitu dia masih rasa syukur kerana akhirnya rindu yang selama ini ditahan kininterubat meskipun dapat bersua muka melalui maya sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen