Walau berkerusi roda, warga emas ini tetap gigih usaha mencari rezeki

Kudrat yang dimiliki oleh orang muda pastinya berbeza dengan kudrat orang yang sudah berumur sekitar lingkungan 50 tahun ke atas.

Namun, jika dilihat mereka masih banyak melakukan kerja-kerja ringan walaupun hanya  berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana bagi mereka, mereka perlu keluar untuk cari duit tanpa perlu susahkan anak-anak atau orang sekeliling.

Meskipun niat yang digariskan oleh mereka itu dianggap mulia tetapi di mata kita tetap tumpah rasa kasihan dan simpati lebih-lebih lagi melihat warga emas yang kekurangan ciri fizikal meniaga demi sesuap nasi  seperti perkongsian salah seorang pengguna Tiktok yang bernama Hani Kushi.

 

"Dia tak ada kaki weyh tapi dia cari juga rezeki untuk keluarga dia. Apa salah kita bantu dia dengan beli apa yang dia jual."

Ada tertera antara ayat Hani di dalam video tersebut yang telah menyentuh hati orang ramai susulan membayangkan kesungguhan warga emas tersebut yang bersusah payah keluar menjual pen demi untuk menyara keluarganya.

Usaha dapatkan rezeki

 

'Latih diri untuk beli walaupun dah ada'

'Tak tahan air mata'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen