Sebar fahaman vaksinasi, pihak polis giat pantau hantaran Facebook bekas pelakon?

Sejak vaksin Covid-19 tiba di Malaysia, ada segelintir rakyat yang mula meragui keberkesanannya dan mulai menyebarkan spekulasi sehingga ada pula yang mempercayai tanggapan tersebut sehingga mengambil keputusan untuk menolak daripada menerima suntikan itu.

Susulan perkara itu, pihak polis sudah pastinya tidak duduk diam melihat kes tersebut dan kini polis Perak mula memantau Facebook seorang bekas pelakon yang telah membuat kenyataan mengenai fahaman antivaksin Covid-19 ini.

Sebar fahaman tolak vaksin

Menurut sumber, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid, sebelum ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan tindakan bekas pelakon itu.

"Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran Facebook serta melakukan siasatan. Jika ia menggugat keharmonian masyarakat, tindakan akan diambil."

-Datuk Mior-

Namun, sejak kebelakangan ini hantaran Facebook bekas pelakon itu menjadi perbualan netizen kerana dipercayai menolak program vaksinasi kerajaan.

"Setakat ini, tiada gerakan antivaksin dikesan di Perak tetapi kita tetap melakukan pemantauan."
-Datuk Mior-

Manfaatkan pengaruh yang dimiliki

Bagaimanapun, hantaran itu turut mencuri perhatian Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) iaitu Datuk Freddie Fernandez yang menasihatkan golongan selebriti supaya tidak menyebarkan fahaman antivaksin sebaliknya memanfaatkan pengaruh yang dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin bagi memerangai penularan wabak berkenaan.

 

Pihak polis giat pantau

Tambah Datuk Mior lagi, setakat inu sejumlah 76% anggotanya di seluruh negeri menyatakan persetujuan untuk ambil vaksin yang akan bermula [ada 12 Mac secara berperingkat.

"Saya yakin peratusan itu akan meningkat. Kita tidak perolehi 100 peratus kerana pengecualian anggota yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan hamil."

-Datuk Mior-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen