Persembahan Amyza Aznan dan anak dipuji, suara anak padu sampai giliran mak bikin pening

Progran realiti tv 'Famili Duo' semakin mendapat perhatian penonton yang mana program tersebut mengumpulkan selebriti tanah air bersama dengan salah seorang ahli keluarga mereka untuk membuat persembahan  nyanyian yang mana program tersebut akan bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV

Family Amyza Aznan menyerlah

Pada minggu ini, antara 4 kumpulan selebriti yang berentap di atas pentas pada malam semalam kelihatannya selebriti yang lebih menonjol dan menarik perhatian warganet adalah Amyza Aznan apabila dia menggunakan 3 mikrofon sekaligus sewaktu membuat persembahan.

Bukan itu sahaja bahkan suara lunak dan nyaring yang dimiliki oleh anaknya yang bernama Adrian juga jelas sekali memukau pada malam itu yang dikatakan persis penyanyi hebat tanah air iaitu Ernie Zakri.

Meninjau pula di ruangan komen, memang tidak dapat dinafikan pelbagai gelagat warganet yang dapat dilihat. Selain memuji kehebatan si anak, gelagat maknya juga bikin terhibur penonton dan siapa sangka gelaran juara pada malam itu telah disandang oleh mereka berdua.

'Terkejut dengar suara anak dia.'

'Hebat sangat'

'Mic dia pun tak nak kalah'

'Terngiang-ngiang suara dia.'

'Tahniah, berkat guna 3 mic'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen