Tak sensitif, Maria Tunku Sabri namakan menu masakan 'Suami Tembak Isteri'

Sebut sahaja nama Maria Tunku Sabri pastinya ramai yang mengenali selebriti masakan ini. Dia yang terdahulu amat terkenal dengan program tv Jalan-jalan Cari Makan kini lebih banyak menghabiskan masanya di rumah.

Pun begitu, dia tetap aktif muncul di sosial media dengan berkongsi resepi masakan yang dimasak olehnya.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa selebriti ini mungkin meraka akan menyedari bahawa nama hidangan yang selalu dikongsikan oleh Maria sering berkaitan dengan isu semasa sehingga orang menganggap rasa sensitiviti itu hilang darinya.

Terbaharu, Maria Tunku Sabri telah memuat naik video masakannya di Instagram. Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah nama menu hidangannya itu dikaitkan pula dengan kematian isteri yang disumbatkan di dalam tong oleh suaminya tempoh hari dan nama hidangan itu adalah 'Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong Sekali Dengan Sayur Campur Special."

 

 

Sudah pastinya video itu menerima kritikan teruk oleh pengikutnya di Instagram tetapi menurut sumber, segala komen yang berunsur kritikan itu telahpun dipadam oleh Maria sendiri.

Bagaimanapun, isu itu masih berbangkit dan kali ini juga seorang tukang masak di Instagram tampil memberi pandangan terhadap kontroversi tersebut.

'Dah banyak kali dia buat.'

 

'Akan padam komen negatif dan block'

'Lepastu minta maaf'

'Sebak tengok tajuk'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen