Tak pernah menangis & ambil hati kecaman netizen, murni betul hati Zizi Kirana

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi, Zizi Kirana tentunya sudah sedia maklum bahawa dia telah tekad memadam semua gambar seksinya di Instagram bagi memenuhi pemintaan ibunya.

Sebelum ini, pelantun lagu ‘Eh’ ini pernah mendapat pelbagai komen nakal malah ada juga yang mengecam cara dirinya berpakaian.

Bila ditanya pernah menangis kerana kecaman

Bersempena Hari Wanita pada 8 Mac ini, Zizi berkongsi di konti Hot fm bahawa dirinya tidak pernah menangis dengan kecaman-kecaman yang diterima olehnya sebelum ini.

Menurutnya, dia tidak pernah mengambil hati atau menangis terhadap segala kecaman yang diterima oleh netizen sebelum ini.

Tak pernah simpan dalam hati

Katanya, dia tidak pernah menyimpan kecaman tersebut di dalam hati kerana baginya netizen tidak kenal diri sebenarnya dan dia juga tidak mengenal netizen, jadi terserah pada mereka untuk berkata apa.

“Tak, tak pernah langsung sebab aku memang tak pernah simpan di dalam hati apa yang dia orang cakap sebab bagi aku dia orang tak kenal Zizi Kirana dan aku pun tak kenal siapa dia orang.”

“Suka hatilah nak cakap apa, tapi aku memang tak pernah ambil hati dan tak pernah menangis,” kongsinya kepada para pendengar Hot fm.

Walaupun dikecam pelbagai perkara sebelum ini, Zizi sememangnya berhati murni sekaligus seorang yang sangat positif. Terbaiklah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen