“Curi-curi makan...” - Gelagat comel Tunku Azizah kantoi masuk TV jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Awal tahun lalu, banjir teruk telah menlanda negeri Pahang yang telah memusnahkan penempatan penduduk sekaligus membuatkan jalan utama ditutup berikutan air naik dengan mendadak.

Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat berikutan penempatan mereka juga turut dinaiki air hingga melepasi paras bahaya.

Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah pergi melawat ke kawasan berkenaan bagi menghulurkan bantuan.

Difahamkan, pada ketika itu baginda sempat memasak beberapa hidang khas buat mangsa di penempatan banjir tersebut.

Terakam gelagat comel Tunku Azizah

Terbaru, gelagat Tunku Azizah yang mencuba masakan di penempatan tersebut dikatakan terakam oleh sebuah televisyen ketika sedang membuat liputan di kawasan itu.

Perkara tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok yang merasakan tindakan baginda begitu comel.

Namun, tanpa disangka, perkara itu juga dikongsi semula oleh Tunku Azizah menerusi akaun Instagram milik baginda.

“Comelnya, sempoi je”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat baginda malah memuji baginda seorang yang comel dan juga spontan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen