"Islam gariskan adab berpakaian." - PU Syed titip pesan secara terbuka buat Sharifah Sakinah

Pemilik nama Sharifah Sakinah sudah acap kali terpalit dengan pelbagai kontroversi panas terutamanya yang berkaitan dengan cara berpakaiannya.

Terbaharu, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Syed telah memuat naik screenshot direct message (DM) kepada selebriti tersebut yang membentuk sebuah teguran.

Namun DM yang dihantar pada 12 Januari itu sepertinya tidak mendapat sebarang respon daripada Sharifah Sakinah yang barangkali sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang artis membuatkan PU Syed menegurnya secara terbuka di posting Instagramnya dengan menyebut (tag) nama Sharifah Sakinah agar dia menyedari posting tersebut.

 

"Maaf jika saya menegur, kita keturunan yang mulia dari nasab sebaik-baik nasab, alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini."

Begitulah antara nada ayat yang disampaikan oleh PU Syed, masih berlembut dan berhemah.

Posting itu akhirnya dibaca oleh Sharifah Sakinah sekaligus meninggalkan komen yang menunjukkan reaksi positif daripada pihak Sakinah sendiri.

Dia menyedari kesilapannya terlepas pandang membaca DM tersebut serta berterima kasih di atas teguran yang diberikan oleh PU Syed.

'Tegur senyap-senyap dahlah'

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen ada segelintir pihak kurang menyenangi tindakan PU Syed yang menegur secara terbuka seperti menjatuhkan aib selebriti tersebut walhal awal-awal lagi PU Syed sudah menerangkan asbab utama yang mendorong dia berkongsi posting itu.

 

'Kami sokong dalam apa jua keadaan'

Di samping itu, ada juga yang bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh pendakwah terbabit yang mana dalam masa yang sama dapat menegur orang lain juga dan tak kurang juga yang memberikan semangat serta mendoakan selebriti itu agar diberikan kekuatan dan keikhasan dalam menjalani perubahan.

 

'Masih belum terlambat'

'Asal ramai pula yang panas?'

Pun begitu, sebagai manusia siapalah kita mahu menilai perbuatan seseorang dalam berbuat kebaikan. Allah lebih mengetahui segala niat yang dilakukan oleh hamba-hambanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen