"Syurga-Mu, merestuimu anakku."- Lepas puisi mencurigakan, 'posting' ibu mentua Hannah pula sentuh hati

Asam garam dalam rumah tangga setiap orang adalah berbeza dan sebagai seorang selebriti yang sudah berkahwin, Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah turut tak terlepas daripada ujian yang berlaku dalam rumah tangga mereka ketika ini.

Gempar semalam mengenai muat naik posting ibu Hannah Delishah yang berkongsi puisi berkenaan dengan 'Ibu Tidak Restu' yang sepertinya sedang cuba menyampaikan sesuatu melalui bahasa kiasan.

'Doaku tidak pernah terputus'

Pun begitu, meninjau pula ke laman Instagram milik ibu kepada Imam Shah iaitu Mariana Yati pula adalah bertentangan sama sekali dengan 'posting' ibu Hannah apabila gambar dan kapsyen yang dimuat naik benar-benar menyentuh hati.

Posting yang berbeza turut dimuat naik oleh Mariana yang mana di situ memaparkan gambarnya bersama dengan anak dan menantunya dengan kapsyen, "Syurga-Mu, merestuimu anakku."

Sehingga kini, khabar angin ini terus menjadi buah mulut orang ramai apabila tiada pokok pangkal ceritanya dan masih menunggu kenyataan serta penjelasan oleh pihak Hannah dan Imam sendiri.

Pun begitu, diharapkan semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen