Lagu Aku Gila & 7 Nasihat diramal bakal juara AJL 35

Hanya berbaki beberapa jam lagi sebelum berlangsungnya Anugerah Juala Lagu 35 yang bakal dipersembahkan oleh 12 orang penyanyi pada malam ini.

Memang tidak dapat dinafikan persaingan malam ini sangat sengit susulan penampilan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan masing-masing sudah sedia maklum dengan bakat mereka yang tidak dapat disangkal lagi.

Bagi menghangatkan lagi debaran yang kian memuncak itu, laman Twitter terus dibanjiri dengan ramalan daripada barisan peminat yang bakal menentukan sama ada gelaran juara itu dimiliki oleh penyanyi pilihan mereka atau sebaliknya.

 

 

Lagu '7 Nasihat' ungguli carta ramalan juara

Di samping itu, mungkin semua sedia maklum terdapat dua buah lagu Dato Sri Siti Nurhaliza yang tercalon dalam senarai AJL 35 kali ini iaitu 'Aku Bidadari Syurgamu' dan '7 Nasihat' namun, atas beberapa faktor menyebabkan dia tidak dapat membuat persembahan dan telah memilih dua orang penyanyi lain pada malam persembahan itu nanti iaitu Aisyah yang akan membawa lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' manakala '7 nasihat' pula didendangkan oleh Shiha Zikir.

Pun begitu, tidak sedikit pun menjejaskan undian orang ramai kepada dua buah lagu ini apabila rata-ratanya meramalkan bahawa salah satu daripada dua lagu milik Dato Sri Nurhaliza itu akan menjadi juara.

 

'Tak sabar!'

 

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar ramalan dan semuanya bakal ditentukan semuanya pada malan ini jam 9 malam dan sepertinya ramai yang tidak sabar ingin melihat persembahan barisan 12 penyanyi yang hebat-hebat ini yang jelas sekali membawa kelainannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen