'Beauty with brain'- Hawa Rizwana berjaya tamatkan pengajian Sarjana dengan keputusan cemerlang

Sudahlah cantik, bijak pula tu. Itulah ungkapan yang dititipkan buat selebriti ini yang menjadi perhatian orang ramai  iaitu Hawa Rizwana setelah dia memuat naik gambar keputusan cemerlangnya dalam pengajian peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (Uitm) baru-baru ini.

Wajahnya sering terlihat di kaca televisyen sebagai seorang pengacara dan juga penyampai berita namun, siapa sangka pemilik nama Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan yang berusia 26 tahun kini berjaya menamatkan pengajiannya sebagai pelajar Sarjana dalam bidang komunikasi massa dengan memperoleh pointer cemerlang iaitu 3.78

Syukur yang tak terhingga

Menerusi perkongsian itu, dia menyatakan rasa syukurnya menerusi kapsyen muat naik gambar tersebut.

Hal ini adalah kerana walaupun sibuk dengan kerjayanya, dia masih berkesempatan menyambung pengajiannya secara separuh masa dan akhirnya berjaya bertahan hingga ke akhirnya selama 4 semester.

Meninjau di ruangan komen pula siapa sahaja yang tidak bangga dengan pencapaian tersebut bahkan ada juga yang ingin menjadikannya sebagai idola  di atas kejayaan tersebut.

'Tahniah Hawa'

 

'Beauty with brain'

'Terinpirasi dengan Hawa'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen