Baru 3 tahun lepas beli kereta, Aeril Zafrel hadiahkan lagi Mercedez-Benz sempena ulang tahun isteri

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi juga dalam perniagaan. Pasangan selebriti yang romantis ini sering mencuri perhatian orang ramai kerana kejayaan yang diperolehi mereka berdua.

Kereta baru selepas 3 tahun

Terbaharu, Aeril telah menghadiahkan Wawa sebuah kereta mewah yang berjenama Mercedes-Benz GLC 300 dengan anggaran nilainya RM300,000 sempena ulang tahun isterinya.

Menurut Aeril, kereta itu dibeli dengan tujuan kereta sebelum ini yang dipakai oleh Wawa sudah melebihi 3 tahun dan tambahnya lagi kereta yang 'best' dibawa paling lama pun 5 tahun.

Risau dengan keadaan kereta yang mungkin akan membahaykan nyawa telah mendorong Aeril Zafrel untuk menghadiahkan kereta yang baru untuk si isteri.

"Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak 'best' bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini."

-Aeril Zafrel-

Bagi 'hint' dulu

Menerusi laporan yang dipetik dari Harian Metro, Aeril dikatakan sudah memberi tanda -tanda awal untuk membeli kereta tersebut kerana takut sekiranya Wawa tidak berkenan dengan jenama tersebut.

"Sebelum beli, saya ada berikan 'hint' mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta. Pada majlis ini baru dia tahu. Memang kejutan untuk dia."

-Aeril Zafrel-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen