4 tahun ramalan tepat, kali ini Neelofa jangka Aina Abdul juara AJL35

Terdahulu Neelofa pernah membuat satu ramalan atau andaian bakal pemenang Anugerah Juara Lagu dan siapa sangka ramalan yang dibuat oleh aktres tersebut benar dan sekaligus menjadi tumpuan ramai.

Namanya pun ramalan, sudah semestinya kemungkinan perkara itu berlaku tak selalunya tepat tetapi orang ramai sepertinya menunggu Neelofa untuk membuat ramalan lagi untuk Anugerah Juara Lagu 35 musim ini.

#AJL35 prediction?

Menerusi laman Twitter Neelofa hari ini, dia telah memuat naik kenyataan berhubung perkara tersebut memandangkan ramai warga Twitter yang sudah mulai menyerbu akaun pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu.

'Ya kami nak tahu!'

Kenyataan tergantung itu membuatkan ramai yang tidak sabar menunggu ramalan pemenang yang bakal disenaraikan oleh Neelofa.

'Kak Lofa selalu teka betul'

Akhirnya ramalan terjawab

Tidak lama selepas itu, Neelofa memuat naik lagi satu kenyataan di akaun Twitter tentang ramalan yang dibuat olehnya untuk AJL 35 sekaligus memberitahu itu hanyalah ramalan dan tak semestinya betul.

Tambahnya lagi, diharapkan agar penonton terhibur dengan persembahan yang bakal dibuat oleh barisan penyanyi malam nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen