Pakai 'mask' di dagu, lelaki 45 tahun dikompaun RM10,000

Rakyat telahpun dimaklumkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walau dimana sahaja mereka berada terutamanya di tempat yang mempunyai ramai orang bagi mengurangkan aktiviti yang melibatkan sentuhan.

Masih ada yang ingkar

Pun begitu, masih ada lagi yang ingkar sekaligus mendorong kerajaan untuk mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati bersalah atau ingkar dengan pematuhan SOP tersebut sehingga nilai kompaun mencecah sebanyak RM10,000.

Pelitup muka bukan di dagu

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, polis mendedahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar yang tular sebelum ini adalah benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerain, Superitendan Mazuki Mat, kejadian yang berlaku sekitar jam 1.20 tengahari pada Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki yang berusia 45 tahun dikenakan kompaun RM10,000 gara-gara tidak memathui SOP.

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan."

-Mazuki Mat-

Tambahnya lagi, beliau menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berkenaan dengan kadar pengurangan jumlah saman pula ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen