"Hanya sekadar luah kecewa."- Dianggap sindir Nabila Razali, Hafiz Hamidun beri penjelasan

Sejak semalam kritikan demi kritikan yang diterima oleh salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 gara-gara 'pitching' suaranya yang sedikit lari iaitu Nabila Razali.

Pun begitu, masih ramai yang menentang kritikan itu sebaliknya terus menyuntik semangat buat pelantun lagu Peluang Kedua itu dengan memberi komen-komen yang seperti menyokongnya.

Di samping itu, kritikan dan sindirian yang diterima bukan sahaja dari kalangan 'haters' bahkan juga dari kalangan selebriti sendiri apabila muat naik 'Twitter' nya mencuri perhatian warganet yang dianggap tidak wajar berlaku.

 

'Dah jadi orang dihormati terus lupa menghormati'

Bagaimanapun, kritikan itu terus dibidas oleh Dato' Fazley Yaakob di akaun Facebook miliknya.

Di samping itu, orang ramai juga turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Dato' Fazley berkenaan dengan perkara itu.

'Yang hentam tu macam bagus sangat'

'Sekurang-kurangnya dia cuba yang terbaik'

'Siapalah kita nak judge'

 

Bagaimanapun, muat naik Twitter oleh Hafiz Hamidun sudahpun dipadam olehnya dan menurutnya semua orang mempunyai pandangan masing-masing dan tiada niat untuk mengkritik atau memuat naik kata-kata yang menyindir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen