Langgar dua buah motosikal, wanita memandu dalam keadaan mabuk sempat mengaku sebelum larikan diri

Isu pemandu mabuk masih tidak bertemu titik noktahnya sehinggalah pada malam semalam terjadinya satu lagi insiden yang melibatkan seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk lalu melanggar serta menghimpit dua orang penunggang motorsikal.

Video berdurasi seminit itu telah tular yang mana menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

 

Suspek larikan diri

Menurut sumber, kejadian yang berlaku pada sekitar jam  12.41 tengah malam itu melibatkan seorang wanita berusia 52 tahun yang dikatakan telah melarikan diri sewaktu diminta untuk membuat laporan polis.

"Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan."


"Kedua-dua penunggang terbabit meminta pemandu wanita untui membuat lapora polis namun dia terus memecut melarikan diri."

 

Yang menyaksikan kejadian diminta tampil

Bagaimanapun, polis sudah berjaya mengesan wanita terbabit dan tangkapan kini sedang dijalankan.

Di samping itu, orang ramai juga diminta untuk tampil sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes terbabit di Balai Polis Trafik Ampang Jaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen