Nangis di hari ulang tahun, Radin sebak tiada lagi ucapan dari mama seperti dulu

Memiliki kasih sayang seorang ibu merupakan antara nikmat dan anugerah yang sangat tak terhingga tetapi semua perlu sedia maklum dengan kitaran hidup manusia yang lambat laun mereka akan pergi juga meninggalkan kita.

Hanya kenangan lalu yang mampu menjadi pengubat rindu dan begitulah juga yang terjadi kepada seorang penyampai radio dan personaliti TV, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi apabila ibunya telah meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana mempunyai masalah paru-paru.

Hari ulang tahun tanpa mama

Rasa pilu itu kian bertambah ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang 31 pada hari Isnin semalam apabila tiada lagi insan yang dipanggil 'mama' pada hari ulang tahun tersebut.

 

 

Ulang tahun kelahiran paling sedih

Menerusi muat naik 'posting' tersebut di akaun Instagram miliknya, Radin mengakui bahawa itu merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang paling sedih apabila tiada lagi ucapan istimewa daripada insan yang paling disayangi iaitu arwah mamanya seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, dia masih memanjatkan rasa syukur kerana Allah masih hadirkan kepadanya orang-orang yang sudahpun dianggap seperti keluarga sendiri yang selalu menyokong dan memberinya semangat.

 

Doa dan semangat dari rakan dan peminat

Meninjau di ruangan komen pula, rakan artis dan peminat juga turut tumpat simpati dengan nasib yang dialami oleh Radin. Selain memberi ucapan di hari ulang tahunnya, mereka juga tidak ketinggalan menitipkan doa dan pesan agar dia selalu kuat menghadapi semuanya.

'Semoga kau terus kuat'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen