Cabaran Rumah Tangga Apabila Isteri Berjawatan Tinggi & Terkenal.

Kesolehan seorang isteri itu tidak datang begitu sahaja. Ia mesti melalui proses Mujahadah (melawan nafsu) yang panjang, mengikut kesungguhan masing masing. Jadi, untuk mencapai taraf taqwa yang tinggi, kenalah kita bersakit-sakit, membiasakan diri dengan kesusahan yang mendera tangkai hati, mengikis sifat sifat mazmumah yang sekian lama bersarang dihati. Dan, suami adalah penyebab untuk mazmumah-mazmumah kita itu terbongkar. Sebab, apabila diuji dengan didatangkan suami untuk dilayan dan ditaati, barulah kita tahu apakah kita ini masih banyak menyimpan sifat sifat mazmumah seperti PEMARAH, PENDENDAM, GELOJOH, RAKUS dengan dunia dan sebagainya. Apakah diri kita telah dapat dihiasi dengan sifat sifat Mahmudah seperti SABAR dan REDHA dengan ketentuan Allah hingga kita boleh melayani dan mentaati suami yang kurang daripadanya sepertimana yang dikehendaki Allah.Terutama bagi isteri yang berjawatan tinggi, yang terkenal, yang lebih pandai dari suaminya, yang cantik, yang kaya dan lebih segala galanya daripada suami. 



Apabila isteri berjawatan tinggi dan terkenal.

Berhati-hatilah apabila bertindak supaya tidak menyakitkan hati suami dan menyusahkannya. Tindakan dan sikap tinggi diri perlu ditundukkan untuk mentaati dan melayani suaminya sepertimana yang dikehendaki Allah. Meskipun berjawatan tinggi dan terkenal, bila berhadapan dengan suami hendaklah merasakan diri lebih hina dari suami. Kena lawan perasaan yang merasakan diri istimewa dengan mengingatkan bahawa sebenarnya kedudukan suami lebih tinggi dan istimewa disisi Allah. Bermujahadah dan pukul pukullah nafsu kita dengan berkata:



"Suamiku martabatnya sangat mulia disisi Allah, kehebatanku hanya pada nilaian mata manusia di dunia, itupun belum tentu mereka IKHLAS. Apa untungnya aku meninggi diri padanya, sedangkan aku perlu keredhaannya agar aku diredhai oleh Allah. Dan apa untungnya aku disanjung sanjung dan mendapat kehormatan dari manusia kalau diakhirat aku akan
dihina?.Kalau aku IKHLASkan hati dalam menunaikan tanggungjawabku melayan suamiku, bukan saja aku akan selamat diakhirat, didunia lagi aku akan bahagia" .

Tugas sebagai pemimpin yang mengarah arahkan anak buah tidak sepatutnya dibawa ketika beradapan dengan suami. Jaga hati suami supaya dia tidak rasa diarah, diperkecilkan dan diperbudakkan. Ikut segala perintah dan arahannya tanpa mempertikai dan mempersoalkannya sekalipun bertentangan dengan kehendak diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen