Pertarungan Seorang Yang Bergelar Isteri: Apabila Isteri Lebih Pandai Dari Suami.

Apabila isteri lebih pandai dari suami.

Selalunya wanita mengharapkan suami lebih segala galanya daripada dirinya supaya dia dapat dibimbing, dididik dan diberi ilmu.Tiba tiba ditakdirkan suaminya tidak dapat dan tidak mampu berbuat begitu.Disitulah si isteri terpaksa bermujahadah untuk mentaati dan melayan suaminya. Kalau ini berlaku, ingatlah bahawa suami itu pemimpin.Walaupun dirinya kurang daripada kita, dia tetap menjadi pelindung kita yang patut ditaati dan dilayani. Dengar dengan baik setiap apa yang diperkatakan oleh suami meskipun ada perkara yang telah kita ketahui ataupun tidak tepat. Jika tersalah, jangan pula cepat membangkang. Jaga hati suami supaya dia tidak rasa diperbodohkan.Klau pun perlu memberi idea dan pandangan, beri secara berhikmah, lemah lembut dan merendah diri.



Umpamanya dengan berkata:

" Bagaimana pandangan Abang kalau kita buat begini...".

"Maafkan saya Bang, Abang setuju tak kalau saya buat begini.."

"Maafkan saya kalau tersilap.Tegurlah saya mana yang tak sesuai atau tak sedap dipandang mata.."



Tidak rugi memandang suami lebih pandai dari kita walaupun hakikatnya tidak begitu. Carilah ilmu dan pengalaman daripada orang lain jika suami tidak dapat memenuhinya. Kalau datang rasa tidak puas hati terhadap suami kerana dirinya tidak seperti yang diharap harapkan, BERMUJAHADAHLAH..Datangkan rasa bahawa Allah lah yang mengkehendaki dia berkeadaan begitu agar kita diuji, apakah kita sabar dan redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Dia Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.Kita hanya hambanya yang lemah lagi hina.Kehendak kita tidak akan mampu mengatasi kehendakNya. Tetapi Dia tidak sekali kali bertujuan menzalimi kita, tentu ada hikmah di sebalik ketentuanNya itu. Maka, adukanlah masalah kita itu kepadaNya. Dia sentiasa menanti nanti kita untuk datang kepadaNya. Dan datangkanlah rasa suami itu TETAP ISTIMEWA dan HEBAT kerana dia diistimewakan Allah, maka merendah dirilah kepadanya, biar bagaimanapun keadaan dirinya. Yang penting kita berkehendakkan rahmat dan keredhaan Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen