"Bazar Ramadan, Aidilfitri & solat tarawih dibenarkan..." - Ismail Sabri

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, selain kebenaran bersolat tarawih di surau serta masjid.

Perkara tersebut diluluskan selepas penurunan kes harian Covid-19 serta setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Selepas berbincang dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta ahli majlis mesyuarat yang lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.

"Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah. Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak," katanya.

Menurutnya lagi, SOP lanjut mengenai pengoperasian bazar berkenaan akan dibentangkan pihak berkuasa tempatan negeri masing-masing yang menguruskan soal lokasi dan jumlah peniaga.

"Tapi antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung, syaratnya adalah lokasi bazar mesti terbuka; mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza; menyediakan ruang pendaftaran MySejahtera dan kawalan jumlah pengunjung.

"Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam," ujarnya.

Manakala, mengenai solat tarawih katanya, ia tertakluk kepada keputusan majlis agama dan kerajaan negeri masing-masing yang berkuasa terhadap hal ehwal agama Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen