Terima 'surprise' kereta dari suami Afrika, wanita selar netizen kata 'black guy' perguna perempuan Melayu

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana perkahwinan tentunya ada cabaran, tapi bagi mereka yang berkahwin melibatkan dua negara ini tentunya sedikit berliku. Lebih-lebih lagi untuk cuba menyesuaikan diri dengan budaya pasangan sekaligus berdepan dengan kata-kata orang sekeliling.

Sama seperti pasangan ini, Nur Afilah Amir Rushdi dan suaminya Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat ini.

Pernah menjadi pebualan hangat warganet yang kononnya ‘black guy’ hanya mahu pergunakan wanita Melayu namun, pasangan ini berjaya menepis perkara itu dah hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri sejak 2019 lagi.

Suami hadiahkan kereta

Terbaru, Fila Amir berkongsi akan kejutan yang suaminya beri kepadanya iaitu sebuah kereta mewah di laman Instagram miliknya.

Fila juga mengatakan bahawa suaminya bersusah payah dengan memintanya menutup mata semata-mata memastikan kejutan tersebut berjalan lancar seperti yang dia mahukan.

Siapa kata black guy pergunakan Melayu?

Tidak hanya itu sahaja, Fila juga membidas kata-kata netizen yang mengatakan bahawa ‘black guy’ hanya ingin pergunakan perempuan Melayu namun, kegigihan suaminya itu membukitkan perkara tersebut adalah salah.

“Kahwin dengan black guy dia orang saja je nak gunakan perempuan melayu. Alhamdulillah hari ini my African husband, gigihnya dia siap tutup mata isteri sebab nak buat surprise. Dia hadiahkan kereta ni untuk isteri dia,” kongsinya.

"Jangan dengar sangat mulut orang ni"

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini selain meminta agar mereka tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen